Para pemimpin LOTUD bersama YB Datuk Seri Panglima Wilfred Mijilip Bumburing selepas perasmian Pelancaran LOTUD pada 10 April 2010 di Restoran Singgah Singgarung, Dalit, Jalan Sulaman, Tuaran


Hadirin Mesyuarat JK 6 Mac 2010 (selepas pendaftaran). Berdiri (kiri ke kanan): Francis Daniel, Albert Polinoh, Dominic Ombilod Onul, Raymond Tombung, Fairuz Bandar, Jilang Omol, Jeremy Banang, Andrew Mali. (Duduk, kiri ke kanan): Saniban Amphila, Jumat Bidon, Soguli Olid, Dr. Azlina Ekat, Florence Rubiah Ayid, William Eddow

Tuesday, April 20, 2010

PERMOHONAN KEAHLIAN DIALU-ALUKAN!


SAUDARA DAN SAUDARI Lotud yang layak menjadi ahli (warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, berketurunan Lotud -- yakni sekurang-kurangnya satu daripada ibubapanya berketurunan Lotud) amaltlah dialu-alukan untuk memohon menjadi ahli LOTUD.

Setiausaha LOTUD, KAN Saniban Amphila (gambar di kiri), menyatakan bahawa selepas pelancaran Kempen Penambahan Keahlian pada 10 April lalu, maka pintu LOTUD dibuka untuk mereka yang layak dan berminat menyokong LOTUD dengan memohon menjadi Ahli Penuh atau Ahli Seumur Hidup.
"Ahli Penuh" perlu membayar Yuran Kemasukan (RM10) dan Yuran Keahlian (RM12), sementara yang berminat untuk menjadi Ahli Seumur Hidup perlu membayar RM500," katanya.

Pemohon boleh membuka Borang Permohonan Keahlian yang tertara di sebelah kanan berita ini. Sila print dan isi DUA KEPING dalam saiz A4, letakkan sekeping gambar anda bersaiz pasport di borang pertama, dan kirimkan kepada alamat yang ada di bahagian atas borang tersebut. Pembayaran yuran MESTIlah dalam bentuk Wang Pos yang dikeluarkan kepada "Persatuan Suang Lotud Sabah" atau "Sabah suang Lotud association".

Anda akan dihubungi apabila permohonan anda sudah diproses.

Sekian dan terima kasih. Semoga kerjasama kita membawa kemajuan bersama kaum Lotud.

Wednesday, April 14, 2010

LOTUD BERJAYA DILANCARKAN!


Kita mengucap syukur kerana Persatuan Suang Lotud Sabah (LOTUD) telah berjaya dilancarkan dalam satu majlis pelancaran yang bermula jam 3.00 petang pada 10 April 2010, di Restoran Singgah Singgarung, Dalit, Jalan Sulaman, Tuaran.

Kita telah diberi penghormatan kerana YB Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, Ahli Parlimen P. 170 Tuaran, merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Tuaran, telah berkenan melancarkan LOTUD. Malah dengan jasa baik dan ehsan beliau, beliau juga dengan rela hati telah menawarkan untuk menaja tempat pelancaran, serta juga semua makan minum untuk majlis yang dihadiri lebih 200 orang.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyatakan bahawa suku kaum Lotud mempunyai bakat, ilmu dan aset yang lebih dari cukup untuk maju seperti masyarakat lain. dia menasihatkan LOTUD agar jangan menjadi leka dan mengalami kelemahan-kelemahan persatuan-persatuan lain yang hangat-hangat tahi ayam. "Keep the momentum (teruskan momentum)," katanya. "Jalin kerjasama dan sifat saling membantu, dan semuanya pasti akan menjadi mudah."
YB DSP Wilfred juga telah mengumumkan satu kelulusan dana pelancaran untuk LOTUD berjumlah RM5,000.00 (lima ribu ringgit).

Di samping itu, Datuk Mayong Omar, seorang Lotud yang berjaya mencapai kedudukan tinggi dalam pentadbiran kerajaan, dan kini memegang jawatan sebagai Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Sabah, telah berjanji menyumbangkan derma sejumlah RM10,000.00 (sepuluh ribu ringgit) untuk membolehkan LOTUD mula menjalankan aktiviti-aktivitinya. Terima kasih kami yang tidak terhingga kepada kedua-dua Datuk!

Dalam pelancaran itu, DSP Wilfred juga telah serentak melancarkan Blog, Facebook, dan Kempen Penambahan Ahli LOTUD.