Para pemimpin LOTUD bersama YB Datuk Seri Panglima Wilfred Mijilip Bumburing selepas perasmian Pelancaran LOTUD pada 10 April 2010 di Restoran Singgah Singgarung, Dalit, Jalan Sulaman, Tuaran


Hadirin Mesyuarat JK 6 Mac 2010 (selepas pendaftaran). Berdiri (kiri ke kanan): Francis Daniel, Albert Polinoh, Dominic Ombilod Onul, Raymond Tombung, Fairuz Bandar, Jilang Omol, Jeremy Banang, Andrew Mali. (Duduk, kiri ke kanan): Saniban Amphila, Jumat Bidon, Soguli Olid, Dr. Azlina Ekat, Florence Rubiah Ayid, William Eddow

Wednesday, April 14, 2010

LOTUD BERJAYA DILANCARKAN!


Kita mengucap syukur kerana Persatuan Suang Lotud Sabah (LOTUD) telah berjaya dilancarkan dalam satu majlis pelancaran yang bermula jam 3.00 petang pada 10 April 2010, di Restoran Singgah Singgarung, Dalit, Jalan Sulaman, Tuaran.

Kita telah diberi penghormatan kerana YB Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, Ahli Parlimen P. 170 Tuaran, merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Tuaran, telah berkenan melancarkan LOTUD. Malah dengan jasa baik dan ehsan beliau, beliau juga dengan rela hati telah menawarkan untuk menaja tempat pelancaran, serta juga semua makan minum untuk majlis yang dihadiri lebih 200 orang.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyatakan bahawa suku kaum Lotud mempunyai bakat, ilmu dan aset yang lebih dari cukup untuk maju seperti masyarakat lain. dia menasihatkan LOTUD agar jangan menjadi leka dan mengalami kelemahan-kelemahan persatuan-persatuan lain yang hangat-hangat tahi ayam. "Keep the momentum (teruskan momentum)," katanya. "Jalin kerjasama dan sifat saling membantu, dan semuanya pasti akan menjadi mudah."
YB DSP Wilfred juga telah mengumumkan satu kelulusan dana pelancaran untuk LOTUD berjumlah RM5,000.00 (lima ribu ringgit).

Di samping itu, Datuk Mayong Omar, seorang Lotud yang berjaya mencapai kedudukan tinggi dalam pentadbiran kerajaan, dan kini memegang jawatan sebagai Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Sabah, telah berjanji menyumbangkan derma sejumlah RM10,000.00 (sepuluh ribu ringgit) untuk membolehkan LOTUD mula menjalankan aktiviti-aktivitinya. Terima kasih kami yang tidak terhingga kepada kedua-dua Datuk!

Dalam pelancaran itu, DSP Wilfred juga telah serentak melancarkan Blog, Facebook, dan Kempen Penambahan Ahli LOTUD.

10 comments:

  1. Given a level playing field,I think Suang Lotud can do just as good.It is now for PSLS to work to be on the level playing field.

    ReplyDelete
  2. Saya yakin LOTUD akan menempuh kejayaan sekiranya semua pemimpin dan ahli-ahli LOTUD mempunyai keazaman serta semangat yang tinggi untuk maju tanpa meghirau apa juga cabaran dan rintangan.LOTUD pasti berjaya dan terus berjaya!

    ReplyDelete
  3. Saya harap LOTUD mulai dari sekarang merancang untuk memiliki bangunan 'LAMIN SUANG LOTUD'(LSL).Saya percaya dengan adanya impian tersebut, saya pasti satu hari nanti ianya akan menjadi kenyataan.LSL akan menjadi satu symbol persatuan, kemajuan dan kejayaan bagi kaum kita.Adalah diharapkan LSL ditetapkan sebagi antara agenda yang utama bagi LOTUD.Mudah-mudahan ianya dapat dicapai dalam jangka masa yang pendek.

    ReplyDelete
  4. Suang Lotud maybe a minority in Sabah but we can make a difference.Give them a level-playing field and Lotud will show that Lotud boleh, mungkin Lebih Boleh.

    ReplyDelete
  5. Sudah memang dijangka penubuhan PSLS akan membangkitkan semangat Suang Lotud untuk lebih maju. But let us be realistic in our expectations in what it can do considering that it is a voluntary organization with very limited resources.Its performence will depend very much on the support of all Suang Lotud which are hopefully forthcoming.

    ReplyDelete
  6. A writer said the Malays concerned about the past, the Indians the present and the Chinese the future.What about the Lotuds.I should say we should be concerned about the past, the present and the future. Anybody knows why?

    ReplyDelete
  7. Inspiration...."Decision is the spark that ignites action. Until a decision is made nothing happens." - Wilfred A. Peterson

    ReplyDelete
  8. Inspiration..."You don't have to be great to start, but you have to start to be great." - Joe Sabah

    ReplyDelete
  9. Inspiration..."Dreams get you started; discipline keeps you going."-Jim Rohn

    ReplyDelete
  10. Hi,good site for Lotud...maybe you can share more on the culture. TQ

    ReplyDelete