PSLS HADAPI CABARAN BERAT oleh R Tombung
Dengan terdaftarnya Persatuan Suang Lotud Sabah (PSLS) pada 18 Disember 2009, maka masyarakat kaum Lotud yang ber-pusat di Tuaran kini sudah mempunyai satu kenderaan untuk menyuarakan isu-isu kepentingan Lotud, dan untuk menggabungkan tenaga para pemimpin rakyat Lotud di Tuaran dan di seluruh Sabah untuk merumuskan satu pelan strategik untuk memajukan masyarakat Lotud dalam pelbagai bidang.
Berikutan [usaha] Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA) yang juga berpusat di Tuaran dan Persatuan Lotud Sabah Bersatu (USLA), PSLS merupakan satu kenderaan baru yang memberikan peluang dan nafas baru bagi suku kaum Lotud untuk membela kaum mereka. USDA sudah pernah dibatalkan pendaftaran, dan setelah dihidupkan semula atas ehsan Pendaftar Pertubuhan, namun ia masih juga gagal disusun semula oleh para pemimpinnya. Ia tidak pernah mengadakan kongres sejak 1994 (16 tahun yang lalu)! USLA pula tidak dapat bergerak secara berkesan sejak didaftarkan sehinggalah ia dibatalkan pendaftaran kerana ia tidak cukup bergerak dan tidak membuka pintunya lebih luas untuk memberi peluang bagi para pemimpin Lotud lain memberi sumbangan.
Apa pun keadaannya, PSLS kini tampil ke hadapan dengan wadah yang sama tetapi dengan semangat dan ketegasan yang baru, di bawah kepimpinan Presiden Penajanya, En. Soguli Olid (seorang lulusan menara gading Bogor, Indonesia dalam bidang pertanian) dengan didokong oleh KAN Saniban Amphila sebagai Setiausaha Agung Penaja. Yang menjadi fokus sekarang ialah be-berapa hakikat yang menanti sebagai pencabar bagi keberkesanan PSLS untuk menghadapainya. PSLS telah didaftarkan di ketika prestasi kaum Lotud dalam pelbagai bidang begitu merudum sekali. Kaum Lotud yang pernah menikmati wibawa yang tinggi dalam bidang kepimpinan politik Sabah, dengan seorang anak watannya, Tun Hamdan Abdullah (sebelumnya dikenali sebagai OKK Indan Kari) menduduki kerusi yang tertinggi di negeri Sabah sebagai Tuan Yang DiPertua Negara (hanya selepas beliau meninggal, yang memegang jawatan itu dipanggil TYT Yang DiPertua Negeri). Selepas itu masyarakat Lotud juga berbangga dengan Datuk Kalakau Untol dan selepas itu Datuk Monggoh Orow sebagai Ahli-ahli Parlimen, dan Datuk Kalakau memegang jawatan Timbalan Menteri. Tuaran juga pernah berbangga dengan perjuangan banyak personaliti berkalibar seperti allahyarham Setiawan Ampuria, allahyarham M.A. Rahman (pejuang po-litik pembangkang dan Setiausaha Agung Penaja USDA), mendiang Gabriel Tanggar (Presiden Penaja USDA), En. Sindeh Angkati, mendiang Limbai Angkapon, mendiang Nonon Anad, mendiang Aning Atam, dan lain-lain. Hari ini memang ada beberapa tokoh yang masih ada tetapi jumlahnya seolah-olah tidak seramai atau tidak setinggi sema-ngat dari yang dulu. Mungkin ini kerana perjuangan hari ini tidak konsisten seperti dahulu, yang benar-benar memperjuangkan kepentingan kaum Dusun menentang percubaan mendiang Donald Stephens (kemudian Tun Fuad Stephens) untuk mengkadazankan orang-orang Lotud.
Kini juga sudah ramai anak-anak watan Lotud yang mencapai kejayaan dalam profesion guaman, menjadi pegawai tinggi kerajaan, dan berkarier di dalam dunia kewartawanan, penulisan, filantropi, sukan, hiburan dan bidang media massa. Namun yang ketara hanya seorang dua sahaja pemimpin yang menonjol di kalangan generasi muda. Malah kebanyakan para penaja PSLS pun adalah dari generasi yang lahir 1950-an, yang sekarang berusia menjangkau 60-an. Kenapakah keadaan ini berlaku? Satu sebabnya ialah generasi yang meninggalkan bangku sekolah di akhir 1960-an dan awal 1070-an dulu mempunyai kelebihan kerana mereka hampir serta-merta mendapat pekerjaan dan mencipta karier dan nama, dan membina kehidupan yang stabil. Kerana itu mereka dapat menyertai pergerakan-pergerakan sosial, dan dengan demikian menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan kaum mereka. Malangnya bagi mereka yang meninggalkan sekolah menengah di tahun-tahun 1980-an dan seterusnya telah menghadapi masalah untuk mendapat pekerjaan dan terlalu ramai yang ter-paksa mencari pekerjaan yang kurang stabil. Malah ada yang terpaksa mengembara ke Semenanjung, Singapura dan Brunei untuk mencari makan. Ini menyebabkan mereka kurang kyakinan diri dan tidak begitu berupaya untuk menjadi pemimpin.
Kini kaum Lotud ter-cabar kerana, terutama sekali, masalah sosio-ekonomi mereka. Dengan ke-masukan begitu ramai kaum pendatang yang jelas sekali begitu lebih rajin dan agresif, kaum Lotud ternyata ketinggalan. Contohnya, di sana-sini di Tuaran, orang-orang Lotud menyewakan tanah mereka kepada kaum Bugis yang menggunakan tanah-tanah itu untuk menanam jagung, sedangkan pemilik-pemilik tanah itu berpuas hati dengan hanya menerima duit sewa. Kaum Lotud juga perlu melihat kedudukan mereka dari segi persaingan dengan kaum-kaum anak negeri yang lain di Sabah, dan mengambil usaha yang lebih gigih dan agresif untuk meningkatkan prestasi mereka berbanding mereka. Beberapa soalan boleh ditimbulkan bersabit masalah ekonomi Lotud: Kenapakah belum ada dibentuk satu pun dewan perniagaan Lotud seperti yang berlaku di Penampang? Kenapakah belum ada satu pun yayasan yang berpusat di Tuaran, (kecuali barangkali Yayasan Kebajikan Suria milik Datuk Raya Erom yang ada pusatnya di Kg. Panjut)? Kenapakah personaliti Lotud yang benar-benar menonjol dalam bidang perniagaan hanya seorang dua? Kenapakan di pekan Tuaran tidak sampai jumlah jari sebelah tangan peniaga Lotud yang memilik kedai? Kenapakah tiada seorang pun Lotud yang layak dipanggil jutawan? Jawapannya: Semuanya ini berlaku kerana kaum Lotud sebenarnya belum mencapai tahap keberkesanan dan kewibawaan untuk mencapai prestasi dan kejayaan yang diimpikan.
Kaum Lotud juga menanggung kesan dari proses globalisasi di mana identiti mereka sudah hampir pupus. Mungkin mereka masih memakai pakaian tradisi, tetapi bahasa yang keluar dari bibir anak-anak muda mereka sekarang ialah bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Isu ini sudah begitu banyak dibincangkan dan jika semua aspeknya dihuraikan, ia akan memerlukan beberapa ribu muka akhbar atau buku.
Ini hanyalah beberapa perkara asas yang perlu difikirkan dan dihadapi oleh PSLS dengan serta-merta dan dengan sikap kesegeraan yang tidak boleh dikompromikan. Kaum Lotud sesung-guhnya berada di tengah laut globalisasi yang bergelora dan kita sering berpura-pura, berbohong pada diri bahawa semuanya dalam keadaan baik. Kita harus keluar dari kepompong selesa, dan meleraikan sikap suka menafikan kenyataan. Untuk mencapai sesuatu apa pun kita tidak boleh mengambil sikap bahawa sesuatu itu mustahil, tetapi dengan sikap “Lotud Boleh!” dan bergabung tenaga dan merumuskan pelan strategik yang berkesan dan realistisik untuk dilaksanakan demi masa depan kaum kita yang merudum hari ini. Janganlah mengharap orang lain boleh menyelamatkan kita bila kita sendiri tidak menggerakkan tangan, menghentak kaki, dan melaungkan suara yang berani dan melangkah ke hadapan dengan agresif dan kreatif.
Monday, March 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteApa juga tindakan oleh Lotud untuk pembangunan dan kemajuan kaum Lotud disokong penuh.Maka adalah diharapkan 'pelan strategik yang berkesan dan realistik' yang tersebut diatas dapat dikeluarkan secepat mungkin untuk dilaksanakan.
ReplyDeletesaya menyokong penuh tompinai
ReplyDeleteSelain daripada pelan tindakan there must also be timeframe for implementation and monitoring system.Where will the Lotud be in 5 years time ie after the Rancangan Malaysia 10.
ReplyDeleteIsai poh harapon tokou nu okon nopoh ko borisan kopimpinan nu PSLS yang ada sekarang. It is never too late.
ReplyDeleteMungkin Lotud tidak semaju seperti yang lain. Tetapi lebih majukah mereka daripada Lotud tanpa bantuan? Berapa orangkah Suang Lotud yang mendapat bantuan?
ReplyDeleteThank u for the support!
ReplyDeleteBerhubung dengan bantuan, Pembangunan Luar Bandar ada peruntukan untuk Program Pembasmian Kemiskinan.Ada minima 5 ekar tanah dan 6 orang peserta layak memohon bagi mereka tergulung dibawah paras kemiskinian.Alamatkan surat kepada YB Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Pembangunan Luar Bandar P.O.Box 11591,88817 Kota Kinabalu dengan tajuk 'Permohonan Peruntukan Untuk Menanam Tanaman Kontan Secara Berkelumpuk Diatas Tanah NT.......Dan ada baik jika ada surat sokong dari ADUN atau MP Tuaran
ReplyDeleteMaybe some Suang Lotud are not aware that we have been descriminated even by our own community from other districts. Let us not let them continue to do so.
ReplyDeleteLogot-logoton tokou boh. Intangan tokou isan atahan napas.
ReplyDeleteLogot-logoton tokou boh. Intangan tokou isai atahan napas.
ReplyDeleteDalam DE hari ini disiarkan 15,293 keluarga miskin tegar di Sabah.Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata angka itu diperolehi daripada sisstem e-Kasih.Beliau juga berkata peruntukan sebanyak RM6.9 juta untuk menganjurkan program LPPKN@Komuniti di enam buah negeri termasuk Sabah.Dari berita itu, kita ingin tahu berapakah ramai Suang Lotud(SL) dalam kategori tersebut?Dan adakah semua SL dalam kategori itu telah diambilkira dan tidak ada yang ketinggalan? Jadi LOTUD atau PSLS harus mempastikan bahawa semua keluarga SL yang miskin telah diambilkira agar dapat menerima bantuan yang sewajarnya.
ReplyDeleteMana Ketua Kampung, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan Cawangan Parti-parti Politik dalam Barisan Nasional?
ReplyDeleteSaya percaya KK, JKK serta parti politik ada terlibat dalam e-Kasih dan program berkenaan tetapi itu tidak bererti LOTUD lepas tangan. Bahkan sebagi sebuah persatuan yang baru maka adalah amat perlu dan penting ia melibatkan secara aktif dalam semua aktiviti/program kerajaan Negeri & Persekutuan dan lain-lain badan yang bertujuan membantu orang-orang miskin. Oleh sebab ianya sejajar dengan objektif penubuhan LOTUD untuk membangunkan Suang Lotud yang agak ketinggalan dalam pelbagai bidang.Pernannya juga untuk mempastikan kaum kita telah diambilkira dalam program berkenaan dan yang layak tidak tertinggal.Kita tidak mahu hanya melihat apa yang berlaku tetapi harus melibatkan secara langsung yang boleh memberi faedah.Oleh yang demikian, LOTUD kena proaktif dan berkerja keras untuk mencapai objektifnya dan akhirnya mendapat sokong kuat dari kaumnya sendiri yang amat diperlukan untuk kemajuaan LOTUD dan Suang Lotud.
ReplyDeletePembetulan: Ayat yang betul "....akhirnya mendapat sokongan kuat........
ReplyDeleteItu dari segi kemiskinan, bagaimana pula di bidang pendidikan?Adakah ianya berada ditahap yang cukup baik dan memuaskan? Jika tidak, kita kena buat kajian menyeluruh tentang kemajuan dan pencapaian pelajar-pelajar Suang Lotud disemua peringkat dengan tujuan untuk merangka satu strategi/program dan aktiviti bagi meningkatkan lagi prestasi para pelajar kita.Tidak ada Biro Pendidikan dalam LOTUD? Kenapa? Kita semua tahu betapa pentingnya pendidikan maka disyorkan Biro Pendidikan diujudkan.
ReplyDeleteIt should have been discriminated not descriminated
ReplyDeleteThis is one of the functions of LOTUD to make sure that we are not being discriminated in the awarding of 'bantuan', contracts,'biasiswa', 'pinjaman' etc.But we have to do our part by feeding information to LOTUD if we were being treated as such so that LOTUD can bring it to the attention of the authority concerned so that they can take action to rectify.
ReplyDeleteThe Prime Minister said under New Economic Model (NEM) no one will be left out in contributing to and sharing in the creation of wealth as the country progresses.We hope that LOTUD will see to it that Suang Lotud will not be left out in contributing to and sharing the creation of wealth.
ReplyDeleteBagaimanapula pembabitan kaum Suang Lotud dalam perniagaan? Saya pasti kita jauh ketinggalan dan harus meranggka sesuatu bagi meningkatkan lagi kelangsungan perniagaan golongan usahawan kaum kita.Justeru itu, LOTUD harus menganjurkan satu perjumpaan dengan usahawan Suang Lotud bagi mendengar suara-suara hati mereka. Pentingnya kita membuat perbincangan agar dapat merungkaikan masalah dan rungutan usahawan kaum Lotud dan kemudian merencanakan apa yang perlu dilakukan untuk membantu golongan ushawan kita.
ReplyDeleteWhat's the latest development from LOTUD? Anybody cares to share?
ReplyDeleteSaya difahamkan LOTUD telah bermesyuarat baru-baru ini. Dan diharapkan apa-apa juga perkembangan dalam LOTUD dipos ke blog lotud agar semua Suang Lotud (SL) tahu aktiviti-aktiviti yang sudah dan akan dijalankan demi kebaikkan SL dan LOTUD.Terima kasih.
ReplyDelete